Syarikat atau penyedia platform media sosial dilihat bertanggungjawab dalam memastikan nilai dan kualiti kandungan yang disiarkan bebas unsur negatif.

Ia termasuk menyekat penyebaran kandungan yang berunsur prejudis terhadap kaum, agama, jantina, seksual atau keganasan.

Penganalisis politik dan media sosial, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr C. Sara berkata tindakan syarikat media sosial pada ketika ini masih tidak memadai dalam mengekang kandungan berunsur negatif.

By Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani, 31 March 2019