KUALA LUMPUR: Adakah Wawasan 2020 akan dicapai pada tahun depan? Apakah pendapat generasi milenial (anak muda) berhubung perkara ini?Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh portal Vase.ai, 53 peratus undian yang dibuat ke atas kumpulan milenial berpendapat Malaysia memerlukan lebih masa untuk merealisasikan Wawasan 2020, manakala 17 peratus lagi tidak mempunyai harapan visi itu akan dicapai.

Menurut Vase.ai, seramai 1,048 rakyat Malaysia (milenial) mengambil bahagian dalam kajian itu yang bertujuan untuk mengumpul pendapat mereka berkenaan prospek pertumbuhan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Berdasarkan kajian tersebut, hampir 80 peratus responden berkata kerajaan memerlukan lebih daripada lima tahun lagi untuk mencapai Wawasan 2020.

by Kohilah Sekaran, Astro Awani, 1 July 2019