KUALA LUMPUR: Walaupun hanya menonton sedikit atau sebahagian daripada video serangan di Christchurch, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia memilih untuk berkongsi video berdurasi 17 minit itu.

Kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI, menunjukkan 16 peratus daripada mereka yang menonton sebahagian video serangan itu memilih untuk berkongsi.

By Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani, 30 March 2019